Sedikit pengenalan tentang syarikat ini....
(dari lamanweb HR MARKETING SDN. BHD)
HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia(PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang perihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantauan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.
Visi syarikat adalah untuk mengorak langkah kearah merealisasikan matlamat sebagai salah satu agensi yang perihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan dengan menghasilkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing seterusnya memperkenalkan barangan kosmetik pertama syarikat iaitu Sabun Susu Kambing HR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan